Powered By Blogger

Cinta Dan Perkahwinan.........

kowg penah bace cite kat bawah nie????1st time aku bace aku tertarik giler...
seiously....mmg tertarik dgn maksud yg tersirat dlm citer tu.....
oklah aku tulis balik citer nyer.....



"Plato bertanyakan makna cinta kepada Socrates dan Socrates menjawab:
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi, engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”
Maka, masuklah Plato kedalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. 

Gurunya bertanya, maka jawab Plato:
“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi, setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka, saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa”

Guru itu pun berkata:
“itulah cinta..”
Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan

Guru pun menjawab:
“Sama seperti ranting tadi. Namun, kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
“saya bertemu dengan pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dar hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tida terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu, sang guru berkata: “itulah makna perkahwinan”

CINTA
Ranting kayu yg pertama paling baik merupakan cinta pertama yg boleh dikatakan SPECIAL. Jadi jangan gelojoh untuk mencari cinta di hadapan kerana berkemungkinan tiada cinta yg baik seperti cinta pertama.......


PERKAHWINAN
Pokok yg sederhana (TIDAK terlalu hodoh & cantik) kalo dijage dan dibelai INSYAALLAH akan menjadi sempurna. Perkahwinan itu ibarat membentuk, membelai dan menjaga seseorang sehingga die manjadi sempurna.... 


Jadi....renungkanlah cerita di atas dan fahamilah maksud yg tersirat..... 

3 comments:

erabelle September 27, 2010 at 12:37 AM  

hey naza~sejak bile ko jadi philosopher of love ni..tettt..well, nice try..nanti ko da post byk2 ak promote ko nye blog kat blog ak ok..=)

cEro September 28, 2010 at 2:48 AM  

nice post...
suka baca...

Nazar Ito October 11, 2010 at 9:32 PM  

era- aku kan dr love

cero-thankz...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laguku Lagumu Jua

Handsome guy

Pengikut Setia

Powered by Blogger.

Nak Cakap Ape2 tak????